Kawan - kawan

Tuesday, September 6, 2011

Jenis doktor yang merawat anak saya

Budak budak senang nak kena demam, berjangkit , chicken pox dan macam – macam lagi. Jatuh pun jumpa doctor kan kan ?

Apatah lagi cirit birit. Pendek kata doctor dengan hidup kita macam dah sinonim.

Takkan nak jumpan bomoh kot? Kalau zaman dulu dulu, demam jumpa tok pawang boleh lah .

Macam macam doctor yang Tifa jumpa. Ada tu yang bagus bagus sangat .Yang hampeh pun ada juga .

 

Doktor A & B  :

Dua dua doctor perempuan.

Sangat ramah, well explained, check betul betul.

Bagi tau possibility anak kita sakit apa. Further check up.

Check darah , x tray .

Pandai ambil hati budak budak .

Sangat relax walaupun aku dah gelabah tahap gaban.

Tak yah tanya dia dah jawab apa yang bermain di kepala.

Tifa and hubby kasi A. Kalau shift waktu doctor tu kami terus masuk dengan happy.

 

Doktor C :

Doktor lelaki . 40 tahun ada ni.

Tanya sakit apa . Terus bagi ubat .

Tak ada explaination langsung.

Kami keluar dengan terpinga- pinga.

Takut nak makan ubat dia bagi . Siap check lagi ubat apa dia bagi. Ubat yang dia bagi macam tak familiar.

Terus jer confirm confirm anak aku ada asthma. Cissss…..

Tak confident terus kami cari second opinion. Kan betul bukan asthma.

Hampeh. Keluar dengan kecewa.

 

Doktor  D : 

Doktor lelaki.

Tak banyak cakap. Check ajer. Kami tanya dia jawab. Tanya sepatah jawab sepatah.

Tapi buat kerja bagus. Jawapan dia confidentkan kami.

Bayar mahal sikit la kan .

 

Doktor E :  

Doktor lelaki . Muda.

Cucuk ambil darah sangat precise. Sekali cucuk terus jumpa.

Tak sengsara . Pernah doctor lain, cari urat kat tangan Farhan berkali kali.

Sian anak aku jadi bahan eksperiment.

 

Doktor F :

Doktor lelaki , muda . Macam baru kerja . Tapi peramah . Explain macam – macamr . Ada term yang kami tak tau .

Kami pun confident.

 

Doktor G :

Doktor ni tua . Dia tau tengok record yang lepas. Tak check langsung. Terus bagi ubat lelah yang inhaler tu . Confuse aku . Balik tak baik

pun Farhan. Balik kasi tau hubby. My hubby cakap mari jumpa pakarlah lagi senang. Macam macam opinion daha kami dengar . Kami

rasa tak serius.

 

Doktor F :

 Ni yang doctor baru Tifa pergi. Kami tanya doctor, doctor anak saya ni ada asthma ke ? Tifa explain doctor ini cakap ini doctor itu cakap

itu.  Doktor ni dengan confident jawab, anak awak tak ada astma. Batuk tu sebab tekak dia kena infection. Tekak gatal.

Anak awak tak ada asthma dengan jawapan yang tegas dan confient. So anak aku tak ada asthma la ye.

 

Rupanya banyak betul aku pergi hospital tahun ni.Sian anak aku selama ni makan ubat macam – macam . Geram pun ada. Lepas ni nak kena ada ilmu di dada. Kena tahu sikit sikit apa ubat yang kita ambil. Main sumbat aje kan sian kat anak kita . Kalau Doktor G dan D yang ada masa  tu terus kami keluar from that hospital or klinik. Rasa macam nak marah belum sembur jer lagi.

Bukan sekali je kami pergi, banyak kali dan from our observation. Tak yah la jumpa doctor tu lagi .

 

Lesson learn daripada my experience yer.

Sharing is caring .

However bukan semua doctor perangai macam tu . Ada yang sangat baik dan bagus. Kan kan ?

 

3 comments:

isabelle said...

mmg patut bykkan ilmu psl perubatan ni. sebab is pun hangin gak kalo Dr sengal2 semacam.
prnh dulu..sorg Dr tu kata adam lactose intolerant..sdgkan adam BF lagi. toknek dia la...grrr

kak ina kl said...

salam dan selamat hari raya tifa..gambar cik abg kat dapur tu cun gak nak msk contest akak

tifa said...

Macam tau tau je kak ina ni. Tengah cari idea la ni

Click click Nuffnang