Masa balik kampung last weekend, Tifa pergi pantai BNO. Air naik ...so sempatlah tengok bot . Pernah tak duduk tepi laut berjiwang karat ? Biasanya orang berjiwang karat sorang sorang, but this time tifa dok berjiwang karat dengan Farhan . Ajak dia duduk atas riba Tifa and ajak dia explore apa yang dia nampak di tepi laut . 1st word yang dia sebut " Mama kapal ….satu... dua... tiga... empat..." Sambil dok mengira berapa banyak bot yang lalu . Lepas tu ada juga kami nampak burung warna putih . Nama tak tahu . Yang bestnya Farhan punyalah girang dia dok tepi laut sambil nyanyi lagu buai laju laju dan lagu ibu . Apa kaitannya lagu tu dengan laut pun Tifa tak pasti. Yang penting dia happy. Kalau Tifa lepas aje tangan Farhan , dia terus lari . Bahaya betul , dah lah banyak batu batu . So bagi senang Tifa dukung aje dia walaupun hati kata tak larat . Semangat badan Farhan sekarang ni. Semalam timbang dah 12 kilo. Mana taknya nasi satu pinggan habis dia bedal. Tak apa as long as Farhan happy . Masa ni ayah dia tak ikut . Tifa pergi BNO dengan my sister in law. Pergi awal dalam 4.30 petang . Kalau pergi lambat confirm penuh dan tak ada parking . Pantainya tak la cantik mana pun . As long as dapat tengok laut ok lah tu . Best juga dapat usha laut ni sekali sekala . Orang kata tukar angin . Dok biasa dengan angin bandar , angin laut la pulak . |
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog picisan ini. Berblog sekadar suka - suka, untuk mengisi masa lapang, mencari kenalan,mari bersama-sama berkongsi pendapat, hobi, cerita dan pengalaman, tips dan kekeluargaan. Semoga membawa kebaikan kepada semua. Have fun.
About Me
Kawan - kawan
Tuesday, December 14, 2010
Usha laut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
BNO tu apa? lama tak tengok pantai..rindu nyaa :)
Bagan Nakhoda Omar , di Sabak Bernam .
pi BNO tu,x cari mee udang tu ke
Post a Comment