Kawan - kawan

Monday, November 29, 2010

Anak pompuan tak sama dengan anak lelaki

Tifa selalu dengar orang menggomel .

“Ko bestlah dapat anak lelaki , anak aku perempuan “

Tifa tak faham kadang-kadang orang suka membezakan anak perempuan dengan anak lelaki .

Beza sangat ke ?

 

Pada Tifa anak laki ke perempuan sama aje .

Allah dah bagi ,bersyukur .

Ada yang tak ada langsung sampai sanggup ambil anak angkat .

 

Lagi satu , kalau this time tak ada rezeki dapat anak lelaki , next time boleh cuba lagi kan ?

Mana tau tiba tiba terus dapat ANAK kembar lelaki .

Semuanya hanya Dia yang tahu .

 

Bila part anak ni kadang –kadang ada yang nak anak sulung dia laki .

Boleh jaga adik adik dia .

Pada Tifa , anak perempuan pun boleh jaga adik adik dia .

Asalkan ada rasa tanggungjawab . Mesti dia nak jaga adik dia.

 

Ada juga yang bentangkan isu anak laki dapat harta lebih daripada anak perempuan .

Ish itu kita tak bolehlah nak mencabar hukum hakam agama.

Bab itu Tifa tak arif la .

Tapi adakah kita duduk di dunia ni hanya kerana harta ?

Hidup kena balance . Betul tak ?

 

“Anak perempuan susah nak jaga . Lebih baik jaga lembu sekandang daripada jaga anak seorang .”

Pernah dengar tak ?

Didikan agama yang dibekalkan cukup . Insyaallah anak-anak boleh bawa diri.

 

Kesimpulannya kat sini , Tifa sangatlah tak suka bila orang membandingkan anak laki ke perempuan . Sebenarnya sama saja .

Macam mana kita lentur, begitulah jadinya .

Sekian .

3 comments:

Suliana said...

ye betul..anak ni sama je, baik laki ke pompuan ke, sama je. yg penting cara kita mendidik anak kan..

Unknown said...

Setuju Suliana :) Yang penting kita sayang anak kita jugaks :)

Anonymous said...

وكانت هذه المادة مثيرة للاهتمام للغاية ، وخصوصا أنني كنت تبحث عن أفكار يوم الخميس الماضي هذا الموضوع.

Click click Nuffnang