Kawan - kawan

Thursday, July 8, 2010

Renungan bersama buat suami isteri

 

Di depan mata Tifa , Tifa nampak suami isteri bergaduh . Tengah bawa motor tu . Tak ke bahaya. Bergaduh satu . Membahayakna orang lain dah satu lagi . Apa la .

Cubala bawak berbincang . Adake bergaduh atas motor . Laju pulak tu . Sedih betul Tifa tengok .

Bawah ini ada beberapa tips untuk dikongsi bersama. Ingat kiat sebagai manusia bukan perfect sangat pun .

 Bertolak ansur. Jika timbul masalah, sama-sama bekerjasama dalam mengemudi alam perkahwinan.

Selepas bertengkar, jangan biasakan menyendiri atau meninggalkan pasangan kerana ia merugikan. Selesai bertengkar, peluklah pasangan seerat mungkin biarpun kita bersalah. Ungkapkan perkataan maaf dan minta perkara begitu tidak berlaku lagi. Anggaplah pertengkaran sesuatu yang positif kerana membolehkan anda dan pasangan semakin mesra.

·  Jangan banyak bercakap. Ketika bertengkar, hati masing-masing dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima kerana masing-masing mahu menegakkan pendapat sendiri. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat sendiri.

·  Kelemahan pasangan. Jangan menyebut hal itu kerana setiap orang ada kelemahan masing-masing.

Jika anda mengungkitnya, ia turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Semakin lama ia mengundang sesuatu yang lebih parah.

·  Jangan tinggikan suara. Cuba bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

·  Jangan bertengkar depan makanan atau di tempat tidur. Ini kerana tempat itu sepatutnya menjadi tempat anda menjamu selera dan bermesra.

·  Jangan keluar dari rumah sebelum selesai. Drama di televisyen sering suami segera meninggalkan rumah apabila bergaduh untuk memudahkan cerita.

Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan isteri ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia tertekan dan anda perlu ingat anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.

 

 

 

1 comment:

Sire Johhny Deep said...

tips yang menarik, udah teman link ke blog teman....

Click click Nuffnang