Kawan - kawan

Showing posts with label Umar. Show all posts
Showing posts with label Umar. Show all posts

Thursday, August 7, 2014

Cerita Raya 2014


Selamat hari Raya semua. 
Tahun ni beraya berempat . Ada sikecik pula tahun ni. Persiapan pun ala kadar sahaja. Kami guna je baju yang ada. 
Lagipun raya keempat Tifa dah mula kerja. 
Tahun ni balik ke Sabak bernam sebab  raya ke empat Tifa dah masuk kerja , closing tengah raya memang menghilangkan mood raya. Tapi panjat rasa syukur sebab boleh kerja dari rumah.
Ibu bapa nak tengok muka cucu. Anak anak dah jadi no 2. Rindu cucu terlebih.
Farhan paling gembira sebab dah ada adik. Sayang sangat dia kat adik Dia. Apa keperluan adik dia laju je dia buat.
Kalau ibu suruh liat je.

Tahun ni Farhan kumpul angpau. Berapa ada dalam angpau tu dia tak kisah pun. Duit raya dah masuk bank seronok depa sebab dapat masukkan duit dalam bank sendiri. 

Nasib baik jalan tak jam. Kami pilih waktu yang sesuai untuk bertolak pulang. 

Kuih raya ada lagi ni. Sambil buat kerja sambil jamah kuih raya. Maklumlah ibu menyusu asyik lapar jer . 




Wednesday, June 25, 2014

Umar 4 bulan

Umar dah masuk empat bulan. Mulutnya riuh asyik nak bercakap. Siang sudah kurang tidur tapi malam tidur lama sedikit. 
Dah pandai meniarap. Asyik nak berguling , now tak boleh letak atas katil. Mesti selalu diperhatikan.
Umar pun dah pandai tengok tv, tak macam abangnya. Favourite tv program mestilah upin ipin . Frozen pun Umar suka.
Kalau balik rumah tu tengah penat, tengok muka anak je dah terubat penat tu. Terus rasa segar je.

Tifa just nak share gambar umar 



Friday, May 30, 2014

Dah masuk kerja

Sudah dua minggu masuk kerja . Memang blues betul sebab dah rehat 3 bulan.
Masih kelam kabut .
Pagi pagi dah bangun mula mula mengepam , lepas tu sembahyang , gosok baju , siapkan Farhan , siapkan baby , siapkan diri sendiri , baru pergi kerja .
Kalau terbangun lewat confirm haru biru .
Setiap pagi Tifa kena angkut 5 beg masuk dalam kereta .
Lepas tu baru angkut Umar masuk . Nasib baik rumah tak ada tangga .
Lepas kerja , tak ada issue balik cepat cepat anak dah tunggu dah .

Balik pulak mula mula settlekan Umar . Nak mengemping . Itu normallah dah kena tinggal seharian , mesti nak upah . Lepas tu masak untuk Farhan . Yang pantas pantas jer .
Lepas tu hantar Farhan mengaji . So angkut Umar sekali .
Lepas habis sampai rumah dah pukul 9:30 . Terus tidur ye .

No astro , no drama, no facebook . Semua dah tak nyempat . Buka blog lagi la . Instagram yang upload gambar pun dah tak sempat nak buat .
Sian kan aku ? Walaupun penat , bila nampak muka anak anak terus hilang penat .

Cuti sekolah dua minggu , Tifa relaks sikit ....
So apa lagi ... update sikit blog yang dah bersawang ni . Ahahha .




Monday, May 12, 2014

Day 4 at babysitter

Hari ni dah hari ke-4 Umar stay dirumah babysitter sebelum Tifa masuk kerja. Nak biasakan dia dengan environment baru.

Day 1 - Umar tak tahu yang Tifa hantar ke rumah mak mun. Memandangkan hari pertama,Tifa hantar lewat sikit sekitar pukul 10 pagi. Mak mun kata dia well behave cuma confuse kenapa minum susu pakai bottle. Tifa explain sikit tentang macam mana nak handle EBM.

Day 2 - Umar dah kenal mak mun. Sampai dan nampak muka mak mun terus senyum. Mak mun kata dia nak berdukung. So mak mun dah start train umar . Kalau nangis pun dia tak akan angkat melainkan nak minum susu. Sebelum balik, Mak Mun acah nak ambil dia daripada Tifa, terus dia nangis. Sampai rumah terus nak berkepit dengan Tifa. Tifa memang tunggu waktu begini.

Day 3 -  Umar bangun awal hari ini. Waktu Farhan nak pergi sekolah dia pun bangun juga. Buat Tifa kelam kabut. Agaknya waktu start kerja macam ni jugalah keadaannya. Kecoh satu rumah. Tifa dah ajar Farhan untuk uruskan diri sendiri. Jadi bila sampai masa Tifa start kerja dia dah pandai berdikari. Masa Tifa hantar Umar, dia tidur. Umar minum susu sikit hari ni, mungkin teringatkan Tifa agaknya. Masa Tifa ambil Umar, dia memang tak sabar nak mengemping .

Day 4 -  Hantar Umar awal. Tifa nak bagi dia terbiasa dengan waktu kerja Tifa. So far everything went smooth. Cuma ibunya mengantuk sebab bila dah hantar rumah mak mun, umar kerap berjaga malam. Rindu nak mengempeng la tu. Tapi bagus juga untuk bantu increase milk production . Tak payah bangun mengepam instead umar yang tolong buat kerja :) So Tifa dah boleh agak apa yang bakal berlaku. Seminggu lagi sebelum nak kerja.

Breasfeeding journey bukannya masa  kita nak enjoy ke nak suka suka. Tapi lebih kepada tanggungjawab kita kepada anak anak. Macam kita kahwin, ada masa masa kita tak suka, tak enjoy takkan kita nak berhenti kan ? So samalah juga macam breasfeeding journey. Jom kita berusaha memberinyang terbaik .

Tuesday, April 22, 2014

Kumpul Stok EBM bagi ibu bekerja

Alhamdulillah. Kali ini breastfeeding journey Tifa dipermudahkan untuk anak kedua.

Hendak menyusu dimulakan dengan niat . Bila niat kita hendak menyusu kemudian diikuti dengan usaha. Usaha ada berbagai bagai cara. Tifa nak share tips sebagai amatur dan berdasarkan pengalaman sendiri. Sharing is caring kan?

1. Ilmu breastfeeding 
Teruskanmencari ilmu breasfeeding . Banyak yang kita perlu tahu. Tifa mulakan dengan pengalaman anak yang terdahulu. Bila membaca , dapatkan consulation daripada beberapa orang, ( specialist, nurse) baru TIfa sedar rupanya terlalu cetek ilmu di dada. Jangan malu bertanya walaupun usia dah lanjut. Makin banyak membaca dan rujukan makin banyak kita boleh improve cara menyusu dan cara menyimpan stok . Tak rugi punkan? Dan kita boleh tahu permasalahan menyusu yang tidak kita ketahui.Website dan blog pun banyak memceritakan pengalaman dan cara mereka mengendalikan susu badan.

2. Disiplin
Disiplin yang tinggi sangat perlu. No doubt bila dah ada anak lebih daripada dua memang sangat stress nak bahagikan masa, penat, tak ada orang yang nak bantu. Walaupun begitu tetapi perlu teruskan mengepam bila ada masa. Perlu rajin bangun malam. Kalau hendak seribu daya. Teknik tandem pumping amat menjimatkan masa . Pam elektrik salah satu alternatif. Teknik double pumping meningkatkan produktiviti susu. Apa lagi alasan yang mahu kita berikan? Tapi lain orang lain pengalaman dan kekangan. Siapa kita mahu menilai . Yang penting buat yang terbaik.

3. Kesihatan ibu
Kesihatan ibu ada kaitan dengan pengeluaran dan kualiti susu. Kalau badan tidak sihat, bagaimana mahu hasilkan susu. So pemakanan seimbang sangat perlu . Kalau dah tahu cara pemakanan kita tak seimbang, dan mempunyai budget lebih, consider ambil supplement. Mula mula Tifa ambil supplement suka suka sebab hubby belikan nak tolong kawan, at the end Tifa nampak perbezaannya ( tifa dulunya bukan jenis orang yang suka makan supplement dan tak berapa percaya pada supplement ) . Apa bezanya? Rasa much more healthier dan bertenaga. Bangun malam pun tak rasa stress. 

4. Jadual mengepam
Pam mengikut jadual & konsisten sangat penting. Pam setiap dua atau tiga jam sekali. Kalau terlepas cuba catch up balik. Bangun malam dua kali sebab waktu malam adalah waktu mengepam yang menghasilkan susu yang berkualiti. Tifa pernah sambung tidur dalam dua tiga hari tanpa mengepam. So terima akibatnya susu tak berapa meriah. Umar jenis tak bangun menyusu malam. Kalau dah tidur dia tidur sampai pagi. So TIfa fikir secara positif, waktu nilah kita nak buat stok susu. 

5. Pam
Ada yang kata pam sebagai investment untuk menghasilkan susu yang banyak secara efektif . Ada pro dan kontra sebenarnya. 

Pam manual- avent 
Mula memakai pam manual. Bila production susu tak banyak still boleh manage pakai pam manual.  Tapi bila dah banyak, lenguh tangan nak mengepam. Yang bagus tak payah cari sumber elektrik. Tapi avent ni part dia banyak . So bila waktu mencuci tu take time . Tapi alah bisa tegal biasa no excuse. Ringan pun ringan .Walaupun Tifa ada pam elektrik still Tifa pakai pam manual sebab ringan untuk dibawa. Kalau jalan setakat sehari dua, Tifa akan bawak manual.

Pam isis duo - lepas tu ambil keputusan pakai pam elektrik. Tifa masih suka menggunakan avent. Beli yang double pam . Dah alang alang husband kata terus beli double pumping sebab kalau beli yang satu pump nanti nak beli jugak yang double. So terus invest double pumping. Sebab kat malaysia jenama avent sangat mahal, tifa beli melalui gmarket ( korea website ) . Harga dia dua kali ganda murah . Mungkin rezeki waktu beli pump tu. Pump tu tifa beli masa anak pertama. Kiranya berbaloi baloi bila anak kedua ni boleh pakai. Cumanya spare part kalau hilang atau wear off susah nak cari. Kena pergi authorized distributor di plaza damas. Dekat kedai the curve pun ada . Itu pun rezeki nak jumpa.

6. Sokongan keluarga 
Sokongan keluarga sangat penting terutama suami. Masa berpantang TIfa ada me time, sebab yang lain keluarga uruskan. So masa ini Tifa fokus pada mengepam. Baby mak abah jagakan, waktu menyusu jer Tifa uruskan baby. So siang malam mengepam ikut jadual . Start mengepam selepas dua minggu pantang sebab susu dah start stabil.

Bila dah habis pantang , sokongan suami pula yang kita perlukan . Macam Tifa yang tak ada maid ni, memang suami banyak membantu. Keutamaan diberikan pada anak dan menyusu. Yang lain tu dah jadi yang kedua. Dah ada dua anak dua dua anak kena uruskan . So bila balik kerja , hubby akan tolong kemas mana yang TIfa tak sempat . Sebulan pertama memang rasa stress. Lepas dah biasa.


Oklah itu je nak share untuk kali ini . Harap perkongsian ini dimanfaatkan.

Sunday, March 16, 2014

Pengalaman bersalin anak kedua

Day 25- baru nak cerita pasal experience Tifa melahirkan anak kedua.
5 tahun gap dengan Farhan membuatkan Tifa terpaksa jadi lupa macam mana nak bersalin...
Kali ni Tifa pilih DEMC untuk bersalin. Yang penting dekat dengan rumah in case of emergency. 
Lagipun En Hubby sangat sibuk, so itu antara persediaan uang Tifa buat.
Takut takut nak terberanak boleh lah nak drive sendiri.
39 weeks 

Kronology 18 Feb  
Tifa dah tak pergi office. Just work from home. Tifa cover adhoc issue je. Yang lain dah hand over.

Blood show pada 7:00 malam. Sakit tak ada lagi. So buat macam biasa hantar Farhan mengaji dan singgah kedai beli apa yang patut. Kat kedai rasa sakit sikit sikit je. So buat tak tahu. Tapi dah inform hubby dan bagitahu dia jangan risau.
Sampai rumah, Tifa berkemas apa yang patut. Apa yang belum dihabiskan. Masa ni baru nak kemas beg pergi hospital . Last minute betulkan ? Itulah tangguh tangguh. Naluri kat esok mesti beranak. :)
19 Feb 2014

5:00 am terjaga dari tidur dahaga. Hubby baru je balik dari appoinment. Tifa minum air tiba tiba air tertumpah di lantai. Ambil kain lap nak lap lantai... Tengah tunduk terasa ada air mengalir.... Pandang hubby and cakap macam air ketuban jer. Pergi check , rupanya leaking . Jernih. Nasib bsik Tifa pakai pad. 
Tifa bagitau hubby suruh dia tidur dulu dan plan ke hospital lepas Farhan pergi sekolah. Kalau tak ada Tifa , Farhan mesti tanya. 
Sementara hubby tidur, Tifa mandi , berkemas, check barang , prepare barang hubby, make sure all in place, senang untuk hubby cari nanti.

8:30 am 
Singgah mc d lapar. Teringin makan big breakfast. Call mak bagitau air ketiban dah pecah. Mak cakap pergi sekarang . Dia pelik Tifa bertenang je.

9:30 am 
Sampai hospital dan report di kaunter. Diorang suruh terus pergi labour room untuk check up.

Sementara tunggu doktor , Tifa dipasang dengan ctg.
Doktor datang check dilate 3cm tapi contraction tak kuat. Since ketuban dah pecah dia tanya nak tunggu ke atau nak induce. Kalau nak tunggu dia bagi sampai esok. Kalau tak tunggu , induce at the same day. 

Tifa hint hubby let hubby to decide. Doktor bagi masa untuk decide , nak pakai epidural ke tidak. Dulu Tifa ada experience pakai epidural. Works really well for me walaupun Tifa ada dengar banyak cons daripada pros. 

So kami sepakat untuk induce dan epidural. Jangan ingat walaupun epidural Tifa tak ada rasa sakit. Ada jugalah rasa sakit. Kita boleh pilih sama ada nak rasa sakit ke tak ? Tifa pilih untuk rasa sakit masa bersalin. 

11:30am dah start induce dan epidural. Diorang expect Tifa bersalin at 3:30 pm 

1:00 pm Tiba tiba Tifa rasa sesak nafas.... Cepat cepat inform hubby and hubby inform nurse.
Nurse check dia keluarkan air di pundi kencing and check dah 9cm .Diorang cakap cepatnye. Dah boleh bersalin. Hubby tercengang terkejut agaknya. Sementara doktor sampai nurse ajar macam mana nak push. Ada cara rupanya. Masa 1st pregnancy, tak tau pun ada cara. 

1:20 pm doktor sampai dan doktor arahkan supaya start push ... Sekali push dah nampak kepala. Tunggu another contraction, kepala dah keluar , 3rd time tu doktor suruh push sikit je. 1:39 pm officially baby keluar. Syukur segalanya dipermudahkan.

Healing process pun better compare to previous experience. Syukur sangat sangat . 

Tinggal sedikit lagi nak habis pantang . 19 days to go . Harap harap semoga dipermudahkan amin . 






Click click Nuffnang