Kawan - kawan

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Monday, August 11, 2014

Hantu durian

Sementara musim durian ni kalau tak pekena durian memang tak sah. Ada yang tak suka bau durian. 
Sekarang macam macam jenis durian ada dipasaran. Dari yang murah kepada yang mahal.
Tifa tak melepaskan peluang merasa. 
Hubby yang dulu tak suka durian sekarang dah pandai makan pun.
Tapi Farhan sua la macam mana pun,memang tak makan durian fresh. 
Yang pekik nya gulaj tempoyak ikan patin makan pula. Siap dihirup kuahnya. 

Kelmarin, Tifa sampai rumah ada bungkusan atas meja. Ingatkan apa rupanya ada dua bekas berisi durian. Isi jer tau. 

Tanya hubby mana dapat? Rupanya dia dengan kawan baiknya turun Bentong semata mata nak pekena musang king. Nasib baik bungkus bawak balik untun wife masjing masing .
Terharu sekejap hik hik. Nasib baik jngat bini.
Kalau Tifa tak ada nya nak turun Bentong semata dek pekena durian. 
Ni mesti sebab pekena kes makan durian kena tipu ni. 
Kalau banyak durian tu jangan lupa jemput ya sebab i hantu durian :) 




Thursday, August 7, 2014

Cerita Raya 2014


Selamat hari Raya semua. 
Tahun ni beraya berempat . Ada sikecik pula tahun ni. Persiapan pun ala kadar sahaja. Kami guna je baju yang ada. 
Lagipun raya keempat Tifa dah mula kerja. 
Tahun ni balik ke Sabak bernam sebab  raya ke empat Tifa dah masuk kerja , closing tengah raya memang menghilangkan mood raya. Tapi panjat rasa syukur sebab boleh kerja dari rumah.
Ibu bapa nak tengok muka cucu. Anak anak dah jadi no 2. Rindu cucu terlebih.
Farhan paling gembira sebab dah ada adik. Sayang sangat dia kat adik Dia. Apa keperluan adik dia laju je dia buat.
Kalau ibu suruh liat je.

Tahun ni Farhan kumpul angpau. Berapa ada dalam angpau tu dia tak kisah pun. Duit raya dah masuk bank seronok depa sebab dapat masukkan duit dalam bank sendiri. 

Nasib baik jalan tak jam. Kami pilih waktu yang sesuai untuk bertolak pulang. 

Kuih raya ada lagi ni. Sambil buat kerja sambil jamah kuih raya. Maklumlah ibu menyusu asyik lapar jer . 




Wednesday, June 25, 2014

Umar 4 bulan

Umar dah masuk empat bulan. Mulutnya riuh asyik nak bercakap. Siang sudah kurang tidur tapi malam tidur lama sedikit. 
Dah pandai meniarap. Asyik nak berguling , now tak boleh letak atas katil. Mesti selalu diperhatikan.
Umar pun dah pandai tengok tv, tak macam abangnya. Favourite tv program mestilah upin ipin . Frozen pun Umar suka.
Kalau balik rumah tu tengah penat, tengok muka anak je dah terubat penat tu. Terus rasa segar je.

Tifa just nak share gambar umar 



Friday, May 30, 2014

Dah masuk kerja

Sudah dua minggu masuk kerja . Memang blues betul sebab dah rehat 3 bulan.
Masih kelam kabut .
Pagi pagi dah bangun mula mula mengepam , lepas tu sembahyang , gosok baju , siapkan Farhan , siapkan baby , siapkan diri sendiri , baru pergi kerja .
Kalau terbangun lewat confirm haru biru .
Setiap pagi Tifa kena angkut 5 beg masuk dalam kereta .
Lepas tu baru angkut Umar masuk . Nasib baik rumah tak ada tangga .
Lepas kerja , tak ada issue balik cepat cepat anak dah tunggu dah .

Balik pulak mula mula settlekan Umar . Nak mengemping . Itu normallah dah kena tinggal seharian , mesti nak upah . Lepas tu masak untuk Farhan . Yang pantas pantas jer .
Lepas tu hantar Farhan mengaji . So angkut Umar sekali .
Lepas habis sampai rumah dah pukul 9:30 . Terus tidur ye .

No astro , no drama, no facebook . Semua dah tak nyempat . Buka blog lagi la . Instagram yang upload gambar pun dah tak sempat nak buat .
Sian kan aku ? Walaupun penat , bila nampak muka anak anak terus hilang penat .

Cuti sekolah dua minggu , Tifa relaks sikit ....
So apa lagi ... update sikit blog yang dah bersawang ni . Ahahha .




Wednesday, April 23, 2014

Happy birthday Farhan 5 tahun

5 tahun dah berlalu. 5 sudah umur Farhan hari ini. Semoga menjadi anak yang soleh dan membesar dengan sihat . Dah pergi sekolah tadika dah pun .
Sambutan bersama family aje. Beli kek dan potong . Itu ajer . Yang penting diingati dan disayangi. 

Happy birthday. 

Friday, September 27, 2013

Bila nenek datang rumah ....

Alangkah best nya kalau nenek selalu datang ...
Pagi pagi nenek dah bangun  masakkan breakfast . Dia tak boleh tengok kalau cucu dia ke menantu dia tak makan .
Farhan makan dengan sangat berselera. Siap makan sendiri . Biasanya Tifa yang suap . 
Tapi kali ni dia nak buat sendiri . Nak tunjuk dia dah besar lah tu .
Belum pun mandi dah breakfast dulu . 



Tengah hari pulak nenek masak rendang daging and my sister masak sup sayur . 

Dan i tukang makan . Jadi tuan puteri pulak . 
Best kan kalau nenek lama lama kat sini.

Lepas tu Farhan makan nenek suap pulak tu . 
Manja betul dengan nenek . 

Nenek datang pun kalau ada kerja dekat KL tak pun datang nak shopping . 
Kali ni nenek Farhan datang sebab on the way to Penang tunang my cousin ,  singgah tidur semalaman  sementara tunggu atuk sampai dari Sabah dan terus shoot ke Penang . 

 

Thursday, May 30, 2013

Dah lama tak cerita pasal budak ni

Masa berjalan sungguh pantas sedar tak sedar dah dua tahun masa berlalu dan masa tulah Tifa dah semakin kurang nak berblog . Tak ada masa nak bukak laptop semata mata nak berblog . Sempat bukak blog orang dan baca baca then tutup balik . Lagi satu , macam lagi banyak application lain yang lebih mobile macam instagram , twitter and fb . Tapi sumer aku tak boleh nak menceceh sangat sebab kat situ banyak perkara perkara yang aku tak boleh nak share .

Baik tulis blog , share yang baik baik sahaja .
Tifa dah ada masa spend time dengan anak sekarang .Tifa pun dah tukar tempat kerja baru , environment baru , study dah habis . Then sekarang ada masa untuk family and blog ni .
Sangat kasihan sudah lama terabai .

Dah lama tak cerita pasal Farhan kan ?
Dia biasa jer macam budak budak lain , tengah membesar dan memerlukan perhatian .
Adik still tak ada lagi so manja dia memang teramat sangat .
Favorite budak laki macam biasa still suka superhero .

Toilet train sudah berjaya walaupun sometime , tak boleh tahan . My kerja adalah basuh tilam dia . Tapi oklah , Tifa dah tak payah beli pampers :)
Jimat sangat sangat .Nanti i share tips toilet train .

So hobi baru adalah memasak .
Lepas ni , Tifa nak buka blog kengkawan yang rajin masak .
Nak rajin rajn masak sebab anak pun suka makan kat rumah .
Azam baru dan nak belajar resipi baru.
Plan nak belajar buat kek ke , pastri ke, niatnya asal family dapat makan sudah .

So let's start our new & happy life :)
Buka buku baru , stage baru .
Doa kan yang bai baik sahaja yer :) 


Monday, January 28, 2013

Cuti Thaipusam

Lama tak tulis blog. Tapi jenguk kawan kawan blog masih sempat.
Bukan senang nak start balik.
Busy bangat sekarang ni.
Tak tau pun nak citer apa. Sibuk ngan anak , hubby dan study.
Lepas tu pila kije tempat baru kena get use.
So aktiviti blog terpaksa dikorbankan
Tapi sekarang rasa nak start baliklah.
Macam rasa kurang sesuatu pulak .
Farhan pun dah makin membesar. Bila dah besar lain pula ragamnya. Layan ajer.
Asyik nak balik kampung ajer.
Biasa Tifa akan pos dengan my sister.
Aci tak ?

Thaipusam holiday, Tifa jalan jalan Sunway pyramid. Tifa buat refleksology then hubby layan Farhan. Tiba tiba satu badan rasa letih, so apa lagi lepas urut kaki terasa ringan aje. Best best.

Sebulan sekali jer ok jugak kan. Hadiah intuk diri sendiri :) Ok my first entry. Nanti Tifa sambung lagi :)



Sunday, December 2, 2012

Weekend

Mula mula citer pasal celebrate hubby's bufday. Walaupun tifa tengah busy nak exam, Tifa slot in time with hubby. Takkan nak buat tak tau jer kot.
So dinner with hubby at Fresco empire subang.

Hadiah belum beli lagi.After exam la belikan ye tak ?
Sempat juga tifa belek buku tu. This week dua paper. Mana nak kerja mana nak study. SYUKUR dipermudahkan segalanya. Give n take perlu kalau brlajar waktu kawen ni.

Seriously tak cukup tidur, tak cukup rehat. But sedar tak sedar dah habis semester dah pun.

1 and the last semester left.
Syukur.

Yang paling sedih, Farhan dah jadi big boy. Dia voluteer nak balik kampung duduk dengan atuk. Ibu dia lah paling sedihkan? Ok lah biar dia berdikari.
Tifa yang malam malam sunyi.

Seminggu pun. Oklah kan ?

Wednesday, October 31, 2012

My turn pulak demam

Semalam tekak aku dah rasa lain macam . Mula mula buat tak tau jer cuba tapi bila dah tengah hari, aku dah mula selsema . Sakit kepala aku . Masa tu jugak aku pi cari panadol kat koperasi . Nasib baik ada. Dah experience tak sihat kat opis terus pi cari kat kopro.
Sementara nak tunggu sampai ke petang .
Aku cari soluble aje ....
 
 
Call hubby bagitau demam .( Manja la tu ) Konon konon nak pi klinik sendiri berlagak diri tu kuat,  tapi hubby kata nak teman i malam nanti .
So balik rumah , aku bagitau Farhan main elok elok aku nak tidur .
Nasib baik dia faham .
Hubby kejut , kami pun pi hospital dekat dengan rumah .
Sambil aku check, aku suruh doktor check Farhan , walaupun demam dia dah okay, aku mintak doktor check dada dia sebab dia still batuk lagi .
Budak yang tak reti duduk diam
 
Hari ni aku pun datang opis walaupun tak larat . Tapi better than yesterday .
Tak mau layan demam ni , nanti apa pun tak boleh buat kan ?
Banyak perkara mau diselesaikan sebelum aku officially resign 2 hari lagi .
 

Monday, October 29, 2012

Raya haji

 
Raya haji ....Tifa balik kampung hubby .
Rabu malam kami dah balik .
Kawan kawan opis gelak gelakkan aku balik tengah hari kemas barang . Dekat jer kot .
Lepas tu depa rasakan , balik kampung 6  ke tujuh jam dekat jalan .
Abang ipar Tifa, gerak pukul 10 sampai pukul 4 pagi ok.
Alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang .
Farhan budak paling happy sebab nak balik rumah Mbah dia jumpa sepupu sepapat .
Apa lagi yang dia ingat ....main...
Riuh rendah rumah parent in law dengan gelagat 3 budak lelaki 3 budak perempuan .  Belum campur kami ipar duai .
Waktu tu lah nak update cerita sensasi plus fesyen tudung terbaru di pasaran :)
 
Raya kali ni kami bawa Farhan sembahyang raya ...
Lepas sembanhyang ada makan makan sikit .
Yang dia paling suka naik Hilux pak ngah. Kagum dia tengok kereta tinggi tu .
Ibu dan ayah dia buat tak tau ajer .
 
Raya haji tak ada nak jalan jalan sangat , duduk rumah masak , makan , kemas , layan budak budak .
Itu pun dah cukup menggembirakan orang tua .
Tapi kompem perut sentiasa full from day 1 .
Sebab dapat daging korban, menunya mesti bertemakan daging , sup ekor, sup daging , daging goreng . Wallaweyh .
Sambal goreng pun tak di lupa . Ketupat pun ada .Kerabu lagi .
Memamng sendat suar aku...jom diet balik :)
 
 
 
Perasan tengok cermin .
 
Ambil gambar dengan Kakak Ira dan kakak sarah
 
 
 
Suka amik gambar muka macam tu .
 
Kali ni tak ada kejadian jatuh parit. Cuma Farhan kerjakan anak kucing dalam sangkar .
Adoi sian kucing kucing tu lari ketakutan bila nampak Farhan dan sepupunya .
Macam tak pernah tengok kucing .
 
Farhan sangat seronok sampai tak nak balik ikut kami .
Nak ditinggalkan risau sebab dia demam .
So terpaksalah kami bawa dia balik walaupun dia belum puas .
Selamat hari raya ,aidiladha :)
 

Tuesday, August 28, 2012

Hari Raya Kedua

Tak buat apa apa sangat sebab sakan kami beraya hari raya pertama . So masak masak di rumah dan makan makan . Penat yang amat. So aku pi jalan jalan bandar lipis jap .

Beli keperluan yang patut untuk rumah . Sambil bawa Farhan tengok sungai . City boy katakan . Happy sesangat dia .
Hari raya kedua kami dah balik Sabak bernam sebelah petangnya .

Sebelum Farhan masuk kereta sempat lagi makcik makcik dia buli dia dulu . Sampai menangis dibuatnya. 

Kali ni tukar angin sikit . Kami bergerak ikut ke Cameron Highland . Sebab dah tahu tol Karak sure jam punya . Kami rela lalu jalan jauh daripada lalu jalan dekat tersekat sekat . Tersekat tak apa lagi , tapi kalau tak boleh gerak masak .
So, perjalanan dari kuala lipis ke Cameron cuma 1 jam 45 minits . 1st time redah , memang dekat . Lepas ni bolehlah ikut sini lagi . Sangat tenang sambil menikmati keindahan alam . Sambil borak borak dengan hubby .
Cuma bila nak turun ke tapah tu  ikut Ringlet. Jalan agak bengkak bengkok jalannya .
Tapi jalan smooth ajer . Nasib baik baru lepas hujan.
Lalu jugak Lata iskandar . Ambil masa 5 hours nak sampai sabak bernam . Bertolak pukul 5:30 petang  sampai dalam 10:30  malam .  Farhan pun ala ala budak baik .Cepat jugaklah dan dapat elak daripada jam .
Hubby kata kalau lepas ni try ikut gopeng pulak.
Aku memang plan nak pi Cameron . Mak dok cakap Cameron dekat tapi aku buat tak tahu ajer . So lepas ni jom pi Cameron nak ?

Sampai sampai , kakak ipar dan family from Pahang dah sampai . Yang dari Singapore , kereta rosak . Dugaan di hari raya . Sampai juga pukul 2:00 pagi.

Hari Raya Pertama - Konvoi Raya , pakai baju lama

 

This year adalah hari raya ketiga bersama Farhan .Budak budak lah paling seronok sekali bila masuk hari raya . Raya kali ni Farhan demam dan cirit birit . Tapi itu tidak menghalang Farhan dari berseronok di hari raya .
Farhan tanya ketupat tu apa . Siap nenek dia tunjuk ketupat tu macam mana in real . Sebab dia asyik tengok dalam upin ipin . Tak aci la kan . Tengok yang real la pulak kan ? So tau la dia bentuk ketupat tu macam mana.

Kisah yang Tifa tak boleh lupa sekali di pagi raya ....
Sebenarnya, baju raya Farhan warna hijau . Punyalah semangat aku dok gosok baju di malam raya , pagi pagi aku semangat nak mencuba baju baru Farhan.Siap Farhan bangun pagi , mandi sunat hari raya . Sian anak aku , bila masuk kepala ...TAK MUAT. Ni gara gara tak cuba dulu baju yang di tempah . Adoi la ....orang tu baru buat baju melayu agaknya . Sedey aku , terkilan pu ada , nasib baik bawak spare baju melayu lama, so aku dengan sedihnya bagi dia pakai baju tu . Nasib baik sampin baru . Sian anak aku . Tak kisah asal sedondon dengan hubby sudah .

Sebenarnya patut sedodndon dengan Tifa , last last sedondon dengan hubby la pulak .
So aku sorang jer hijau macam rumput :) 

Pagi raya pergi sembahyang raya , lepas tu terus konvoi beraya pusing jumpa sedara mara satu lipis sampai petang . Memang best woo lama aku tak buat gitu . last konvoi raya ramai ramai masa aku kecik kecik . Sekarang dah jadi mak orang buat macam tu balik rasa macam muda belia :) 
Pagi pagi dah minum solivite
Jumpa tok nenek yang dulu kuat dan gagah . Tapi sekarang dah tak berdaya . Tunggu kita yang muda mudi untuk berziarah . Sambil tu akan terkenang zaman kitorang kecik kecik dulu . What tyey did to us . Apa jasa diorang pada kita . Sadis sungguh .
Tapi memang lain masa ada aki ngan tauk dan juga wan . Bila diorang tiada rasa sunyi dan kemeriahn raya tu kurang sikit. So sesiapa yang masih ada atuk nenek, rajin rajinlah melawat ye.
 
 
 
 

 
Bergambar dengan sepupu
 
Yang kecik baru dua ajer . Kira Farhan ni cuCu sulung in my family and also in my big family . Sepupu Tifa yang ada anak dua orang ajer . So yang best budak berdua ni paling banyak dapat duit raya . Pak Cik depa dok bagi . Syabas bete :) Tapi Farhan tak heran dapat duit raya , yang paling dia suka bila dapat 50 posen . So mak dia tolong simpan masuk bank okay :) 



Makanan raya belah Pahang , mesti ada rendang , ketupat , lemang dodol .
Ada juga yang hidang laksa , soto dan lontong .
So aku makan tu kena beringat sikit . Sebab sakit perut tanggung sendiri .
Farhan aku bagi makan sup sebab sakit perut .
 


Monday, August 27, 2012

Posing Raya

Activity wajib setiap hari raya. Tapi belah mertua tak sempat ambil tahun ni. Tunggu raya haji pulak. Photo from iphone dulu kay. Photo from DSLR belum upload lagi. Tengah mood raya ni kita keluarkan satu persatu.Kalau nak ikutkan memang sangat banyak. Janji update cerita. Tahun ni memang kurang nak update blog sebab busy memanjang. So sementara ada leisure time, mari update blog. Lagi pun sekarang ni aku banyak menyimpang mengupdate instagram. Gambar boleh bercerita katakan .Walaupun macam poyo jer amik gambar, tapi nak letak jugak. Kenangan indah 2012.
Detail raya kita masuk dalam entry lain kay .....
Happy raya .... istiqamah dalam beribadat kay walaupun dah lepas Ramadhan :)

Wednesday, July 18, 2012

Lunch Date

Waa hepi sebab hubby ajak pi makan lunch .
Bukan senang nak cop masa dia .
Kalau call jer kat KL . Call lagi, jumpa client.
Nak cop tengok wayang pun kena set appoinment.
Kira hari ni dia teringat wife dia , aku bawak dia makan ayam kampung .
Suka tak terkata . Walaupun jumpa tak sampai satu jam hokey .
Citer citer pasal anak , apa diorang berdua  buat malam tadi, tidur sampai dua pagi .
Aku dah lama tidur dah .

Dan juga apa plan Ramadhan ni .
Macam biasa waktu bulan posa dia tak kije hari siang . Jeles jeles.
So aku bolehlah mintak dia tolong aku sikit .
Sengih sengih jer dia .
Kompen Ramadhan siang dia dok layan cerita Korea lepas tu malam dia pi terawikh .
Nak tolong bini dia masak tak ? Tolong makan boleh .
Conclusionnya , aku hepi walaupun spend 1 jam . Yang penting spend quality time together.
Tengkyu sesangat.

Tuesday, July 17, 2012

Budak ni tak mahu tidur

Camane nak suruh anak kita tidur awal yer?
Tension aku bila biological clock anak aku dah bertukar sejak akhir akhir ini .
Aku dah tidur pun dia tak tidur tidur jugak .
Ayah dia balik pun dia tak tidur lagi .
Camno tuh.

Aku perasan dua tiga hari ni jer, asal 5:00 pm jer dia nak tidur . Lepas tu bangun tengah malam .
Ada satu malam tu, aku terasa kepala aku macam kena ketuk pukul 5 pagi .
Rupanya tak tidur lagi . Main Ipad !!@
Grrr.....So ibunyer telah jadi hulk hogan dan paksa jugak anak dia tidur .
Sampai hubby pun terjaga dengar wifey dia ni menjerit pagi pagi buta.
Terkejut dia tengok aku marah terus tidur .
Bukan sengaja nak marah , kepala aku rasa sakit gila terhantuk plus anak aku tak tidur lagi .
Berani pulak tu duduk dalam gelap .
Biasanya duduk sorang sorang pun takut.

Takper takper aku akan suruh dia teman aku bangun sahur nanti ...kih kih kih

Macam mana nak bagi anak anak duduk diam di kedai makan?

Budak budak e age of 2 to 3 years kalau kat kedai memang tak akan duduk diam.
Mesti nak lari sana sini buat kita pun tak senang duduk .
Takut diorang ganggu customer lain di kedai tu nak makan .
Kalau kita tinggalkan dia di rumah pun tak patut juga.
Sebab diorang pun nak spend time sama sama kan ?

Hari tu makan kat satu kedai kat OU tu, sampai sampai dia kasi satu kertas yang ada gambar, suruh kita sambung sambung perkataan, ada ruang kosong, so apa lagi , macam macam kami conteng.
So anak aku pun pandailah duduk diam. Seronok dia suruh ayah dia lukis robotlah, kapallah kapal terbang .
Fun activity and spend quality time bersama sama .

Kalau tak disediakan oleh tuan kedai , biasanya aku akan bawak buku nota kecil . At least bolehlah anak aku tulis apa dia nak tulis , pura pura jadi cashier amik menu , hik hik ...
Kadang - kadang , kertas yang tulis menu pun jadi bahan untuk jadikan kapal terbang kertas .

Anak anak buat perangai jangan di marah. Sebab diorang pun tak berniat macam tu . Boleh jadi, dia tak selesa bila berada di tempat yang ramai orang . So bila dah jadi mak orang ni , aku jadi lebih memahami, bila tengok anak orang cranky, nangis, sebab anak aku pun macam tu jugak . Normal . Proses pembelajaran untuk anak anak dan ibu bapa.

So, apa yang penting find way untuk anak kita duduk diam kay :)

Saturday, July 14, 2012

Hari bersantai di rumah

Tiba hari Sabtu .Hari cuti lah katakan . Bangun sedikit lewat sebab dua orang lelaki di rumah ini suka bangun and sambung tidur . Depa tak breakfast sebab tidir lagi besh daripada breakfast. So tidur sampai aku paksa bangunnnn. Sebab mak dia kalau dah bangun memang tak boleh tidur balik . Aku bangun kemas rumah , lipat kain dan settlekan apa yang patut. Sorang jer perempuan kat rumah . Weekend , i give task siapkan anak pada hubby . Bagi dia rapat sikit dengan anak . Lagi pun anak yah memang cari ayahlah kan .

Start hari sabtu dengan mencuci kereta kat kedai la kan . Hari lain tak nyempat . Cuci kat tempat yang biasa kami cuci . Murah dan bersih sekali :) 
Masa ni Farhan dok menyempit kat aku . Sebab ramai sangat abang abang nak menyakat dia kat situ . 


Then apa lagi kalau tak kami pi tesco potongkan rambut dia . Hari ni nak ayah teman pulak . Biasanya ok jer duduk situ sorang sorang . Dah panjang rambut dia . Rimas aku tengok so aku ajak jugak dia potong . Kalau aku yang bawak tak kuasa dia nak potong rambut . Biar ayah dia uruskan jerlah . 
So brunch terus . Aku tapai jm beriyani . Anak bapak tapau kepci. Depa memang suka bebenor ayam goreng sampai aku dah naik muak . Depa makan berdua anak beranak . Lantak di situ . Hari ni hari tak masak sebab aku sibuk nak study untuk kuiz malam ni . Serabut so malas nak maska . Esok jer lakau masak .


So bersantailah aku atas katil sambil hadap soklan sambil hadap Frahan sambil hadap ironman and spiderman ni. Depa amik space tidur aku .....tolong ....

Friday, July 13, 2012

Nasi goreng campak campak

Hari ni disebabkan half day.
Tifa mau lepak di rumah sahaja. Tak larat sangat. Daripada aku sengal kat opis, baik aku balik rehatkan diri.
Lepas dah cukup tidur, memang rasa fresh sangat sangat, siap boleh bangun dan boleh buat kerja rumah .
Malas nak keluar rumah, so rasa nak makan apa yang ada jer.
Bila tengok si kecik, sian pulak. Dia memang suka makan , especially makanan yang aku masak.
Bukan sedap sangat pun tapi sebab air tangan ibu dia kot.
So masuk dapur, bukak peti ais, potong, dadu, tumbuk dan hiris, jadilah nasi goreng campak campak ni. Abis dua pinggan budak ni makan walaupun rencah dia ikan bilis dan udang kering ajer.
Nasib baik Farhan tak cerewet sangat tang makan. Yang penting dia kenyang.
Seronok jugak bila masak makanan tu habis.So moral of da day, masak ler apa apa pun jadi masak kat rumah. Lebih berkat kan , air tangan ibu.

Monday, July 9, 2012

megi time

Tak sempat nak breakfast hari ni.
Apa yang ada?
Pi kopro cari megi cup.
Kadang- kadang bukan lapo pun tapi teringin jer.
Tak boleh makan kat rumah nanti anak nampak. Nanti habis semua ajaran aku tak diikutnyer....
Sekali sekala tak pe kan ?
Teringat waktu zaman kat asrama.
barangan wajib kalau balik dari outing.
lapar tgh mlm pun makan megi.
Sapa ada cerek waktu kst asrama dulu memang confirm jadi port.
Siap ada party megi lagi dengan kakak dorm.
11 tahun yang lalu.
Entah kenapa teringat kisah lalu :)

Click click Nuffnang