Kawan - kawan

Tuesday, January 24, 2012

Balik kampung

Bagi adil bola kat tengah tengah . Basah lenju Farhan dek peluh
Farhan mengelecek :)
Ayah tunjuk skill dengan budak tecik
Long weekend kan? Apa lagi ambil peluang pulang ke kampung. Jumpa mbah farhan. Bila inform jer si kecik tu, terus dia asyik tanya jer bila nak jumpa mbah dia.

Kami gerak pukul 7:45 hari sabtu., syukur tak jem. Sempat pekena nasi lemak kat kuala selangor pastu terus sampai rumah.

Sampai sampai jer farhan terus main dengan sepupu sepapat dia. Riuh satu rumah dengar suara farhan jer. Jakun pun ada. Nak tengok ayam la, kumbang pun dipanggil lipas. Kena gigit nyamuk terus tumbuh bintat bintat. Kasihan farhan.

Sempat juga singgah pantai BNO. Farhan enjoy tengok layang layang, tengok boat. Makan eskrem. Mulut dia cam biasa tak reti nak berhenti hokey.

Waktu petang sebab halaman luas, farhan main bola sepak dengan hubby and pak ngah. Tunjuk skill manhang. Tak kisahlah asal farhan berpeluh satu badan yer .Malamnya mengigau dia , and sakit kaki mintak ibu urut.

Maknyer kat dapur dok masak sambil makan. Aku bawal balik 14 bungkus cheese tart. Licin satu family dok ngap. Belum lagi homemade goreng cempedak. Plus bubur lagi. Kuih lopes bungkus daun pisang.
Balik Shah Alam pulak cam bawak fridge balik rumah. Penuh fridge umah tifa.

3 hari 2 malam kat kampung penub dengan berbagai aktiviti. Siap kutip pucuk ubi kat kebun lagi. Buat masak lemak pucuk ubi yang lazat dan makan bertambah tambah. Memang menternak badanlah orang kata.

Click click Nuffnang