Kawan - kawan

Tuesday, December 22, 2009

Demi susu

Dah 6 bulan berlalu . Waktu tu ibu mengalami kemeruduman susu yang sangat2lah . Sekali pam 1 oz. Imagine la Farhan nak minum ape......n waktu tu ibu mengalami batuk batuk n demam yang teruk . Badan pun sakit sakit . Memang nightmare la . Waktu tu ada juga lah rasa putus harapan.
Macam-macam usaha ayah dan ibu buat . Siap beli pam elektrik n dapat 1 minggu mc.
Waktu tu la ibu mengepan every 2 hours n Farhan ibu hantar pi nursery . ( This is for preparation nak masuk keje balik since ibu pun x larat nak jaga Farhan . Ayah suruh ibu rehat n tido .
Other alternatif yang ibu buat adalah mengurut......Ibu terjumpa name card yang pernah diberi oleh seorang makcik Di tesco . Ayah kata bagus betul marketing makcik tu .
Kat name card dia nama melayu . So ibu pun call la. Call punya call ibu pun buat appoinment nak jumpa dia dan terangkan masalah ibu dalam tepon . So kami pun pergila rumah si makcik itu .
Since ibu x tahu jalan , ayah tunjukkan ibu jalan . Ayah bawak kereta lain ibu pun bawak kereta lain sebab ayah ada mesyuarat.
Ibu bawak Farhan jugak .Farhan tengah tidur . Maklumlah budak 3 bulan mmg suka tdo waktu tu.
Sampai2 rumah orang tu ibu terkejut . Sebab rumah tu ada ramai orang . Ibu suspect jugak. Sebab ramai orang indon kat rumah tu . Dah lah rumah tu menyangsikan ibu. Tapi sebab terdesak sangat ibu pun masuk . Demi anak .
So dia pun mengurut ibu . Dia urut satu badan . Dia kata badan ibu banayak angin macam belon . Sedangkan ibu x de rasa apa2 pun sakit . Tapi bila dia urut ibu rasa sangat sakit . Pelik ibu . Dari pengalaman yang ibu dgr org berurut makin segar tapi makin sakit .
Pastu dia urut perut ibu . Terkejut dia kata peranakan ibu jatuh . Ibu x tau nak buat apa dah waktu tu serabut kepala. Bila di aurut ibu , ibu menejrit kesakitan . Sakit yang x ingat la. Ibu dah tak bagi dia urut. Dia marah ibu.So ibu suruh dia stopkan aje. Ibu jadi lemah .Ibunagis tapi ayah dah tak ada masa tu .
Imagine sebelum urut ibu segar lepas urut ibu jadi lemah . Ini lain macam rasanya. Dia bagi ibu jamu ( ikut katanya) . Nak tau berapa charge nye RM200. Terkejut ibu. Dia cakap yang dia urut selebriti xxxx. TAPI macam hampeh aje. Ibu bawak duit RM 60 sebab ibu ingat urut tu murah aje. So i owe her.
Ibu kesakitan sampai nak turun tangga pun x boleh . Waktu tu tuhan aje yang tau . Ibu minta budak indon hantar ke kereta. Nak bawak ke kereta mmg sakit macam dalam pantang balik . Seksanya . X boleh lupa. Dlam hati ada rasa bengang dengan makcik indon itu . Kau indon rupanya. Nama ppun dia tipu tau .Ibu dapat tau masa ibu nak bayar hutang dia.Dia lupa waktu tu nama apa yang dia beri pada ibu at the 1st time.
Ibu gagahkan diri drive kereta walaupun sakit sambil bergenang air mata . Farhan waktu tu tgh tdo. Ayah yang tgh meeting tu pun ibu mintak balik sebab ibu mmg sangat lemah . Ibu bawak kereta slow2 sampai umah . Nasib baik kereta tak banyak .
Ibu sampai depan umah . Ibu tunggu dalam kereta sampai ayah balik . Ayah papah ibu masuk rumah.N ibu cerita apa yang berlaku sambil menangis.
Habis tang tu .
Ibu sembuh daripda urutan makcik tu lepas 2 bulan . Itu pun ibu pi urut balik ngan makcik my husband. Dia kata everything is okay . Cuma disebabkan urutan makcik tu macam bengkak je ibu nyer peranakan ibu. Ibu sumpah seranah dalam hati .Cara urutan my husband aunt pun rasa lain . Rasa segar . Ibu mmg anti betul ngan mak cik yang mengaku melayu rupanya Indon tu . Walaupun begitu ibu tetap x lupa hutang ibu . Ibu bayar . Ibu takut dia pakai ilmu ntah apa apa. Sebab masa ibu tak bayar duit dia yang lebih tu badan ibu sakit2. Lepas bayar , badan ibu x mencucuk cucuk lagi. Ibu nak jumpa di atapi dia send "orang lain " untuk amik duit tu. Agaknya dia takut ngan ibu kot . Yelah dah la sakit pastu jamu yang dia bagi tu ibu refuse nak makan walaupun ayah suruh makan . After 1 month nak tau apa jadi pada bekas dia letak jamu tu ? Bekas tu mencair .Bayangkan kalau perut ibu mencair . I cannot imagine. Nasib baik ibu x makan . Apalah yang diletak dalam jamu tu . Nasib baik ibu tak minum.
So tHE moral of the story , kalau nak urut , cari orang yang dikenali . Jgn sesekali jadi macam ibu. Memang ibu ingat sampai mati lah.
Itu la sebagai ibu memang kita sanggup buat apa saja kan ?? X sanggup tengok anak kelaparan.


2 comments:

Nieza Ishak said...

la haiiiiiii

risau gak kan ...
nasib baik area puncak alam mmg ada betul2 bidan yg mengurut.

nieza mmg mengurut dgn dia jerk.

kat SPA pun tak berani takut badan lagi sakit kalo org yg tak pandai mengurut nieee

Unknown said...

Boleh la nieza introduce ada gak plan nak pi ngurut lagi ...

Click click Nuffnang