Apa ?
Stress mengganggu semua system badan kita .
Tobat tak mau stress.
Kawan kawan realise tak bahaya stress kepada tubuh badan kita ?
Tengah stress ni …ntah apa –apa perasaan sekarang …
Korang pernah stress tak ?
Macam –macam masalah yang kita hadapi untuk menghilangkan stress .
Tifa ada problem tak ada problem tetap stress.
So sekarang Tifa tak mau citer pasal jenis jenis stress .
Yang penting solution kan kan kan ?
1.Pedicure and manicure
Suka sangat orang belai belai kita . Tak semestinya buat kat spa .
Anda boleh melakukannya di rumah . Cuma bezanya di spa orang buatkan .
Tapi di rumah kitalah yang mengerjakannya .
Jadikan ianya satu hobi .
Berapa kerap ?
Terpulang pada anda .
Buat Tifa prefer buat sebulan sekali .
2. Bersukan
Apa aktiviti yang anda suka buat ? Tifa suka main netball , paintball , jogging .
Mudah di samping dapat jaga kesihatan .
Ringan sikit badan .
Peluh pun keluar .
Kalau seorang diri , temanilah dengan lagu .
Kalau tak pun ajak kawan – kawan atau family join .
Kesihatan terjamin , hati pun sentiasa happy .
3. Window Shopping
I love window shopping . Tak beli pun apa .
At least kita tahu apa yang kita suka.
Bila dah tau nak beli kita tau nak beli kat mana.
Waktu ni la nak survey harga barang samaada mahal ke murah ke .
Atau mana yang sesuai untuk kita . Seronok , nak pula kalau pergi bersama kawan-kawan yang sekepala dengan kita .
Dah window shopping
4. Tonton wayang
Ni pun best juga .
Boleh gelak gelak .
Cerita ntah apa-apa pun layankan aje .
Kalau action movie boleh rasa darah gemuruh .
Dan yang penting tak fikir masalah langsung .
Ini therapy yang Tifa rasa paling seronok lah .
Nak nak dapat ticket free from Nuffnang kan kan .
Midnite movie pun ok .
5. Bermain dengan anak
Confirm hilang stress. Kelam kelibut dengan diorang , bawa mereka jalan-jalan .
Pergi makan aiskrim banyak tak ingat . Memang seronok sangat .
Diorang senyum pun dah hilang stress .
Percaya tak ?
Balik karang cuba lah. Memang berkesan tak hengat.
6. Jalan-jalan cari makan
Makan ?
Sudah semestinya . Makan aiskrim , coklat ke . Boleh dikatakan kebanyakna comfort food. Uish bila dapat makan lega sangat . Suke hatinya .
Diet ? Tolak tepi dulu .
Tujuan utama hilangkan stress.
So kawan-kawan pula macam mana ? Apa tips hilang kan stress ?
“Sharing is Caring “
1 comment:
Sebab tu tak suka pikir yg remeh temeh....ada benda yg tak patut kita ambik serius....enjoy life...try utk berpikiran positif...kalau ada masalah, tarik nafas panjang2...duduk diam2 jap...pikir dgn waras hehe...
Post a Comment