Kawan - kawan

Tuesday, July 20, 2010

1st day berpuasa

Semalam Tifa start la konon-konon nak berpuasa.

Nak get ready for Ramadhan la katakan.

Yela mana taknya , kang bila sampai time Ramadhan lembik semacam .

Dah la tak sahur.

Betul betul gamble la semalam .

Waktu pagi okay aje…..

Tengah hari boleh tahan lagi .

Then pukul 4.30 rasa kepala berpinar-pinar.

Rasa berpeluh satu badan .

Bila berdiri rasa nak jatuh .

Low blood lah pulak .

Nak jalan pun tak boleh .

Masuk 5.30 still sama….

Nak bawa kereta macam tak larat .

Gagah kan juga la.

Kalau diikutkan memang bahayala kan .

Tapi kuatkan semangat walaupun badan tak larat .

Plan nak masak petang untuk berbuka, tak dapek la.

Tak merasalah En. Hubby , ayam masak sambal yang sudah direquest itu .

Sampai depan rumah , dok aje dalam kereta .

Hubby Nampak terus dia papah masuk rumah …

Dalam hati terasa mau minum air satu baldi aje.

Tapi sabarkan aje ada lagi 45 minit.

Farhan tak ambil pun . Tak larat .

Ayah suruh siap-siap . Suruh mandi supaya badan segar . Dah mandi masih tak larat juga .

Ambil Farhan terus  pi kedai makan . Order Air oren laici . Itu nafsu tu.

Bila hubby suruh order, memang tak ada nafsu untuk makan .

Hubby aje order .

Tepat 7:27 terus minum air . Gulp gulp.

Tenaga sudah datang J

Ini la kisah orang yang berpuasa tak bersahur .

Khamis ni Tifa perlu make sure bangun sahur J

Kalau tak terima la padahnya.

Taubat tak buat lagi.

 

 

No comments:

Click click Nuffnang