Kawan - kawan

Friday, May 21, 2010

Perangai anak yang belum di fahami

Menjaga anak pertama macam buat eksperimen.
Mana taknya sebagai parent, inilah 1st time buat sesuatu.
Contohnya 1st time mandikan dia, 1st time beri dia makan.
Banyak yang perlu trial and error. Ikut logik aje .
Pernah Tifa tak tau nak buat apa masa dia demam. Panik tak tau nak cakap.

Sekarang pula ,Tifa menghadapi masalah macam mana nak handle anak bila dia menjerit atau mengamuk mahukan sesuatu .Apa nak buat ye ?
Habit Farhan yang ibu found out adalah dia suka menghantuk kepala di lantai...
Selagi tak bagi apa yang dia mahu, selagi itu dia buat macam tu.
Terkejut tak...tapi memang benar.
Walaupun begitu , apa yang dia mahu tak semua yang Tifa bagi.
Apa yang Tifa buat adalah  Tifa stopkan dia and bagi dia buat aktiviti lain.
Nangis pun nangislah. Tifa tak kira.
Kalau tak sampai bila bila la kita kena dengar cakap dia.
Dah besar nanti sukar nak dibendung.
Memang sukar nak faham perangai budak budak ni.
Ingatkan senang aje.  hehehe
Kalau masa makan, Tifa nak pergi tambah kuah kat dapur pun dia boleh merajuk ko .
Adoi ...
Ada tips tak ?
Tifa pening juga mahu melayan perangai Farhan ni.
Nak makan pun tak ada selera.
Minta tolong yer berdasarkan pengalaman kawan2 semua.

4 comments:

Sharinginfoz said...

tapi yang penting keseronokan

Apasal Tak Nak Beli Brg Online

Nieza Ishak said...

nieza pun kdg2 buntu tifa,
tp tue la kalo nak ajar anak kita kena berkeras sket supaya tak menyesal kemudian hari ..

nieza main gak dgn rotan, bg dia hormat sket ibu dia. Suffiya banyak akal .. adoiiiiiiiiiiii feninggggg.

Unknown said...

tIFA PUN PUKUL PUKUL SAYANG TAPI KAT KAKI LA KALAU TAK AJAR DARIPADA SEKARANG TAK TAU DAH BESAR JADI APA..tapi kalau Tifa marah dia sedih sikit. Kalau orang lain marah dia rileks aje

Unknown said...

mmg.. budak kalau dah besar sikit mmg macam ni. poning palo mak pak eh. belum masuk skola lagi tu. haha. lagila kan? erm, kalau dia mengamuk macam tu, buat macam tula, tifa distract dia dengan menda lain. kalau leen buat kat balqis macam tu gak. time dia nak start ngamuk, cecepat kita distract dia. bagi benda yg dia suka sangat-sangat.. contoh buku ke, toys ke, ape2 je la yg dia suka buat sama-sama dengan kita. kalau nak marah gila2 pun, sometimes budak baya ni tak paham pun ngapa kita marah. macam leen tanya balqis kan, "balqis nak tidur ke nak babap?" dia boleh jawab babap ok. siap hulur tangan dia lagi. tak mati kutu kite? hahaha. nampak sangat diorang belum fham erti punishment. huhuhu. so, distraction lebih selamat dari marah-memarah. kedua, pastikan dia selalu kenyang. so dia tak meragam. bukan bagi kenyang betul, cuma perut dia tak berkeroncong lah. bagi dia biskut ke ape ke time interval masa makan dia. so that dia memang tak senang ngamuk. ermmm.. third, kalau dia nak ngamuk gak.. biarkan je. jangan pujuk. haha. ni leen buat kat balqis gak. dia boleh baring kat lantai kat alamanda ok! leen biarje. malas nak layan. haha.

tp kan, bab tambah kuah tu leen pun tak tahu camne nak buat. boleh minta tolong hubby kot kalau hubby tgh makan sama.

erm, just pengalaman cetek leen aje ya.. :)

Click click Nuffnang