Kawan - kawan

Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Sizzling yee mee favorite anak


Favourite anak aku sekarang . Kalau nak keluar je nak makan mee, kalau nak keluar jer mintak mee.
Dia panggil ni mee kicap. Sedap , aku jadi pelanggan tetap yee mee sizzling ni.
Aku makan dia Mr Kaya Kota Kemuning tempat study group .
Memang mantap lah rasa dia .
Aku ingat nak kena cari resipi buat kat rumah . Air tangan ibu lagi sedap kan ?

1 peket yee mee/mee kuning (dicelur)
½ kilo daging ayam (dipotong kecil-kecil)
10 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (diracik)


300 gm sawi(dipotong dan dicelur)
1 biji keret (carrot)
4 sudu kicap cair
5 sudu kicap manis
5 - 7 sudu sos tiram
2 cawan air
2 - 3 biji telur ayam
1 sudu tepung jagung
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

 









Bahan bahan :
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap cair, kicap manis, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan dan keret.
4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
6. Siramkan masakkan tadi ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
ambil kat sini
Nanti dah siap hasilnya Tifa persembahkan di blog hokey :)

Monday, June 18, 2012

KOw PO ice cream

Mari mari makan eskem. Sejak kecik sampai ke beso tak pernah miss makan eskem kat sini kalau pergi Bentong.Eskem dia spesial sebab lain dari yang lain. My feberet cendol dia ngan Abc.
masa kecik kecik dulu punyalah gembira kalau dapat makan cendol kat sini. Dari zaman arwah aki sampai aku dah ada anak still jadi feberet place untuk aku singgah. Originality eskrem dia yang buat orang datang lagi.Sambil makan eskrem, boleh jugak beli nasik lemak ke, rojak kat gerai depan kedai eskrem ni.This time kitorang makan pulut cicah rendang. Sedap , kena rasa sendiri baru tau :)

Thursday, May 31, 2012

Sweet Garret

Bak kata Farhan, jom rasa !
Popcorn ni quite different daripada apa yang kami pernah rasa.
Macadamia caramel popcorn ni manis la jugak .
Makan sikit sikit ajer .
Kalau makan banyak banyak manis sampai ke gigi .
Tak taulah korang suka ke tak .
Tapi Tifa rasa quite nice juga. Beli yang small pack ajer . RM19.
Ada banyak flavour.
Kalau nak rasa boleh tapi jangan makan selalu ye :)
Ni teringin punya pasal so beli ajerlah .
Bak kata laki aku kalau beli ayam seekor ni boleh makan dia hari :)
Layan ajerlah

Click click Nuffnang