Kawan - kawan

Showing posts with label farhan favorite. Show all posts
Showing posts with label farhan favorite. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Lego

Musim beripad  dah habis , kali ni musim main lego pulak . Anak aku 350 pieces tak puas main . My hubby belikan addition 650 pieces . Lego basic bricks tak ada kat kedai . Satu Mid Valley aku pusing tak jumpa ko . Kenapa basic bricks dah tak jual ?
Aku suka yang basic ni sebab boleh buat macam macam .
Sekarang yang jual tu semua yang ikut theme .

Untuk tidak menghampakan hati anak , aku tang tu jugak surf kat internet , jumpa kat ebay .
Tang tu jugak hubby call and jumpa orang yang jual tu kat cheras . Pukul 11:30 malam okay .
Kul 12 lebih baru sampai rumah .
Anak aku tak tido lagi tu ....
Menanti lego baru . Dia dah tahu aku nak beli lego sebab my sis dah pecah rahsia . Dia tunjuk gambar lego yang aku beli from Instagram .
Seronok bangat Farhan.
Hari Sabtu khusyuk main lego sampai lupa makan, lupa mandi, lupa minum susu .
Ipad dia buat tak tahu.

Me n hubby suka Farhan main lego sebab nak galakkan his idea yang gila gila tu .
Macam macam dia imagine kat kepala otak dia , lepas tu dia sampaikan kat lego tu .
Tifa tambah lagi sebab kawan kawan Farhan datang rumah ...lego tu macam sikit nak main sama sama . So , Tifa pun beli untuk dia .

Happy for him. Dia dah tak minat toys dah pun ....lego jer kije dia ....
Berlego di ruang tamu


 

 

 
 
 
Tak habis main, sambung lagi atas katil . Bila nak tido maa...

Friday, September 28, 2012

Hobi baru Farhan

Sejak akhir akhir ini , bila balik rumah , Farhan terus cakap " Ibu, Farhan peluh la ..." 
Biasanya ayat tu adalah taktik aku nak suruh dia mandi. Sekarang dia pulak yang guna taktik tu nak masuk dalam bilik air.

 Mula mula aku ingatkan betullah berpeluh , so aku buka sumer baju dia .
Bila dah hari hari aku dah syak sesuatu, rupanya akal dia nak berendam dalam baldi okay...
Puaslah aku tengok dia masukkan air dalam baldi tu guna gayung. Aku suruh bukak pili tak moh ...
Ada juga akal dia nak berendam dalam tu.. rumah kitorang x de jakuzi , baldi pun baldi lah ...
Kalau dia nak berendam, wajiblah aku teman , takut jadi apa apa...
Kita tak tahukan seminit tu pun boleh jadi macam macam .
Tersengih sengih dia berendam dalam baldi tu ...aku buatkan bubble ..lagilah dia nak duduk lama lama....aku bagi dia sepuluh minit masa untuk berendam... that's it ...boring jugak mak dia dok menunggu , kadang kadang nak isi masa aku , aku gosok gigilah, cuci muka la , belek jerawatlah ....kalau aku dah bosan sangat aku suruh keluar bilik air :)
Masa kecik takut air sesangat , so aku rasa this is the time aku bawak dia pi mandi manda....ada sugesstion tak ?

Monday, April 2, 2012

Nak tengok wayang

Dari hari sabtu dok ajak ibu dan ayahnya tonton wayang. Tak larat nak dengar and tahan telinga nak dengar request budak ni .
Puas explain pada Farhan yang  kat wayang tak dak cartoon.
Pujuk punya pujuk tak mahu jugak.
Aku tunjuk satu satu cerita yg ada kat wayang akhirnya sepakat tengok Wrath of the Titan.
Amik ko....
Masa sampai kat Bukit Tinggi , dia terus cakap nak pergi tempat wayang.
Laju semacam berjalan dengan ayah .
Maknya ditinggal kat belakang .
Beli tiket , aku mintak adik jual tiket tu cakap , wayang belum start lagi kena tunggu lama sikit.
Kalau kami kata dia tak mau dengar .
Bila kakak tu kata baru dia slow down sikit .
Kalau tak melalak dia kat situ .
So sempatla maknya cuci mata , tapi tak sempat nak beli apa pun .
Sampai masa , nak singgah beli popcorn Farhan tak kasi, dia beria ajak kami terus tengok wayang .
Kami nak jugak beli, sebab yang makan pop corn tu nanti Farhan jugak .

Betul Tifa cakap masuk wayang , makan makan sampai habis terus tidur ko .Puaskan hati dia nak tengok wayang .
Ekceli ayahnya memang nak tengok sangat cerita tu , so kira oklahkan, bukan semata mata nak layan permintaan anak 3 tahun yang aku rasa tak munasabah .

Bak kata hubby , sabar kitorang dah sampai kat kepala ni ha belum kuar jer lagi . Anak bertuah betul . Apa dia nak , nak lah jugak . Ikut perangai siapa yer ? Maknya tak mau mengaku :) Sabo jer lah .

Friday, March 16, 2012

Apa kaitan aku dengan ultraman , kes sayang anak

Stop jap aku nak belajar .
"Ibu tolong sambungkan badan dengan kaki dia .
Budak ni nak main."
Belum sampai 10 minit sambung buat kerja ,
"ibu, benda ni tercabut ."
Macam mana aku nak fokus nih.
Sabar jer la.
Nak kan perhatian daripada maknya lah tuewww.
One of his fav dan kali ni , cabut benda alah ni dan suruh mak dia pasang balik .
Takkan permintaan anak yang satu ni tak boleh ditunaikan ye dak ?
Sumer benda yang berkaitan dengan ultraman die nak dari baju , beg dan sebagainya ...
Tifa kata , tunggu hujung bulan masuk gaji.
Kadang kadang di faham, kadang kadang meraung minta.
Ibu : ada duit tak nak beli ?
Farhan : Ni duit. Sambil selamba tunjuk duit dua posen .
Ko tak tau lagi nak Orang lain RM20 boleh beli lauk pauk dua tiga hari .
Belum tahu nilai duit lagi . Alahai masih mentah pun nak tahu value duit .
Tapi orang kata ada rezeki belikan jer la.
Insyaallah , tapi nak jar dia bukan mudah nak dapat semua benda .
At leaset , jadi good boy , ibu akan belikan tapi not now .
Melalut di Petang jumaat .

budak yang feberetnya ayam goreng

Kala cerita pasal ayam

Nasi ayam
Ayam keepci
Ayam mekdi
Ayam roasted ayamas
Chicken rice shop
Nasi ayam chee meng

Sumer berkaitan dengan ayam budak ni memang suka .
Tak kisah apa jenis masakan asalkan ayam .
Kadang kadang macam tak berapa ok jer makan ayam goreng .
Banyak kolestrol kan kan.
Kami biasakan makan yang roasted punya .
Asalkan ayam .

Ada sekali tu kat chicken rice shop ,
Kami order set ayam untuk tiga set , tapi semua ayam-ayam tu Farhan yang makan .
Maknyer ngan ayahnyer ngan makciknyer makan side dish aje .
Dasar suka memakan ayam .

Sebab hari ni pasal ayam, kita citer ayam jer walaupun Farhan suka jugak makan ikan .
Just nak citer pasal ayam sebab banyak sangat Tifa snap gambo Farhan makan ayam .
Satu hari ....
Farhan : Ibu Farhan nak makan aiskrim jer
Ibu : Nak ayam goreng ?
Farhan : Tak payahlah nak aiskrim jer .
Dah order , beli jugak ayam goreng sebab tak kenyang pun makan aiskrim .
Farhan : Eee..ibu sedapnya
Sambil capai ayam goreng . Aiskrim tak pandang pun.
Ibu : La kan Farhan nak makan aiskrim jer :)

Suka sangat makan ayam goreng budak ni .


Ayam licin tinggal tulang . Baik punya .
Suka pegang menu ....amik order :)

Click click Nuffnang