Kawan - kawan

Thursday, July 19, 2012

Baju Spiderman


Masa tu , Hubby nampak baju Spiderman kat Parkson.
Mentang mentang cerita Spiderman dah keluar kat wayang .
So hubby pun belikan . Alasan dia, buat baju raya.
Kalau ikutkan aku membazir aje .
Tapi sebab anak lelaki dia, suka hati dia.
Kalau bagi kat aku , aku buat beli tudung :)
So sampai rumah baru kami tunjuk pada Farhan,surprise ler kononnya . Feberet dia kami takkan beli depan dia . Takut nanti asyik nak minta aje.
Tersenyum lebar dia tak hengat .
Terus dia pakai dan buat aksi aksi Spiderman. Rasa hebat sangatlah tu .
Aku kata kat dia "Ingat pakai baju Spiderman boleh jadi hebat ke? "
Selamba jer dia jawab " mestilah hebat ".
Imaginasi anak kecil .Bukan tahu apa apa . .Dunia sebenar tak ada superhero .
Dia tanya mak dia : Ibu tengok ni hebat tak Farhan?
Aku tak tahu mana dia belajar perkataan hebat tu.
Obses terlampau dengan Spiderman.
Akulah superhero......
Sampai  Toy R Us  Kami offer dia beli Spiderman. Dia kata "tak payah lah ayah , kan dah ada " ayat sedapkan hati dia kalau my hubby tanya . Dalam hati tu , kalau boleh nak sekarang jugak . Dia segan sikit dengan ayah dia bab minta minta ni.
Lepas tu kami jalan jalan ,kedai dah kebanyakannya tutup, kami pun nak balik.
Tetiba dia kata tak nak balik," Farhan nak Spiderman".
So hubby pun pi la bawak dia jalan cepat cepat . Farhan minta ayah dukung dia .
Ayah dia dok kata , kalau nak Spiderman, jalan jer tak moh dukung .
Sanggup beli Spiderman masa kedai lagi 5 minit mau tutup.
So bertambahlah collection kawan kawan dia. Jadi kawan tidur dia hari hari selepas ironman, adik spiderman dan ultraman.
Tapi apa yang aku suka , dia tau kalau nak jadi superhero kena behave , jadi budak baik .
Tapi memang dia sayang sangat dengan Spiderman dia tu .
Satu hari tu aku dia cakap sorang sorang dengan spiderman dia " tunggu ye Spiderman, lepas ni Captain America pulak "
Adoii...

1 comment:

Drama Mama said...

anak i pun dari dulu sampai skang gila spiderman tak sudah. tskkkk!

http://twinkywinnkystars.blogspot.com

Click click Nuffnang