Kawan - kawan

Monday, October 11, 2010

Malang tidak berbau ...kemalangan yang mengerikan

12 maut ….cukup sedikit ke angka tu ?

 

12 maut tragedi lebuh raya

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres ituhttp://utusan.com.my/pix/2010/1011/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpg

Source : utusan .

Accident oh accident ….mengucap panjang panjang ….

Sekarang ni siapa yang jadi mangsa ….pemandu bas tu memang dah tak sayang nyawa…tapi yang paling tak boleh tahan ..menyusahkan orang lain

Tifa tengok di jalan yang tengah memotong yang paling kanan adalah yang bermuatan berat + bas.

Bukan saya menci nak naik bas sebab saya berlagak .

Tapi tak sanggup pula nak bergadai nyawa naik bas.

High risk sangat …Nyawa tak boleh ditukar ganti . Si mangsa ada keluarga …apa perasaan orang yang ditinggalkan tu ?

Lagi pula kalau orang yang jadi mangsa tulah yang tanggung belanja haian satu family .

Mari kita cuba masuk dalam kasut mereka .Mungkin kita tak tertanggung bebannya.

 

Onda way ke seremban last Saturday pun , di highway  ada 4 accident yang kami jumpa .

Masya Allah …mengucap banyak –banyak .

Kenderaan laju sangat … Yang bermuatan berat pun tak mau ketinggalan .

Nak berlumba pergi lah tempat lain . Buat yang tak sabar sangat tu…carilah waktu lain nak berlumba . Jangan waktu kereta tengah banyak , korang nak bawak laju laju tak ingat dunia.

Kemalangan macam ni membuatkan  orang yang macam Tifa ni  naik takot.

 

Kemalangan macam ni bukan sekali sahaja berlaku .Dah banyak kali . Tindakan undang-undang tak cukup ketat ke ?

Rasanya macam-macam kempen keselamatan dah buat . Kalau tak ada kesedaran, apa pun tak jalan .

What are we going to do ?

 

GANTUNG LESEN SEUMUR HIDUP ?

Masuk penjara?

Bagi ceramah motivasi ?

Macam kelakar sedikit solution itu  kerana jalan raya kita antara jalan raya terbaik tapi compare to other country ,

 jumlah kemalangan sangat tinggi terutama di waktu perayaan .

 

No comments:

Click click Nuffnang