Kawan - kawan

Friday, October 29, 2010

Bila Farhan dah pandai bercakap

Satu hari Tifa dengar Farhan buang angin “ Mama kentut “

Terkejut Tifa ntah mana dia dapat perkataan tu .

Then bila ayah ke ibu dia kentut …sibuk aje dia kejar kitorang dan cakap “ eee mama/ayah kentut”

Lepas tu dia gelak gelak sambil tersenum sinis .

Adoi ..nasib baik dia cakap kat rumah .

Risau juga bila kitorang keluar jalan , terlepas angin ..tetiba dia sound direct .

Mana nak letak muka ni oiii …

 

Then satu hari Farhan kena gigit nyamuk .

Tifa Nampak dia tergaru garu …then tanya dia nape ?

“ Mama , gatal “ aik tau pula budak ni perkataan gatal .

Seingat Tifa lah , Tifa belum ajar lagi .

 

Farhan lari lari dekat porch kereta . Tiba – tiba dia jatuh .

Tapi dia tak menangis . Dia datang kat Tifa sambil tunjuk tangan dia yang jatuh sambil tunjuk , “ Mama, jatuh , sakit “

Siannya dia .

Selagi kita tak usap usap tangan dia selagi itu dia ulang .

 

Yang best pula. Tifa main sorok sorok dengan Farhan .

Then dia menyorok bawah meja. Lepas tu Tifa mula cari sambil kata “ Tak Nampak pun ? “

Then dia keluar daripada tempat persembunyiannya sambil kata “ mama, Nampak “

 

Anyway , Tifa tak kisah pun if korang rasa “ biasa aje , anak aku pun macam tu “

Tapi Tifa rasa sangat seronok bila Farhan dah mula pandai berkata kata  dan menunjukkan expression jealous , marah , merajuk dan macam macam lagi peel yang kadang kadang tak terlintas di fikiran.

Seronok rupanya ada anak ni .

Cepat aje rasa dia membesar .

Tapi macam tak puas main dengan Farhan.Walaupun badan rasa penat bila bersama anak ni , penat pun sekajap aje dah hilang .

 

 

2 comments:

i_sofia said...

yeap. setiap detik bersama anak sgt bermakna. bila dia dah besar ni, terkenang2 pulak.

tifa said...

betul , Tifa setuju ...i 'll miss that moment :)

Click click Nuffnang