Kawan - kawan

Wednesday, May 12, 2010

Berbakti pada suami

Tifa terbaca satu email from my friend yang bagitahu kebaikan berbakti pada suami.
Pada Tifa , Tifa tak pandang segala manfaat yang kita dapat . Yang pentingnya ikhlas.
Takkan kita buat sesuatu tu nak dapat balasan je kan ?

Kalau kita memberi/membuat segelas air untuk suami kita akan mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
wau lepas ni rajin le Tifa hulur air kat hubby . Yela balik balik suami dahaga. Mestilah bagi air.
Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami seperti mendapat pahala haji dan umrah ni Tifa belum mahir lagi. Still ado komen daripada En Hubby. Komen untuk mengimprovekan diri. No harm. Betul tak ?
Perkhidmatan yang diberi pada suami akan mendapat pahala yang tidak putus-putus. Ini mestilah. Kadang kadang kita buat sesuatu yang kita tak sedar untuk En. Suami.
Menghamilkan benih suami mendapat pahala syahid. Bukan senang.Kalau orang kata senang tu beruntunglah dia.Daripada mengandung sampai bersalin sampai menjaga anak. Memang banyak dugaan dan cabaran.
 Isteri mandi Junub dengan suami. pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin
Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak.Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.
Pada Tifa didikan yang berterusan daripada si suami sangat diperlukan. En Suami membimbing kita ke jalan yang baik, of course isteri dan anak anak pun jadi baik.
Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan seolah-olah berzikir kepada AllahSekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!
Jom kawan kawan kita berusaha menjadi isteri yang baik untuk masuk ke syurga. Senang aje . Insyaallah.Bawa satu keluarga masuk syurga.

2 comments:

Nieza Ishak said...

tq share tifa,

alhamdulillah masih lagi ikut landasan.hihihi

eynda said...

Lakukan tanggungjawab memang ikhlas tapi kita insan biasa kekadang hati ni ada jugak ungkit2 bila terasa penat....tapi takde la sampai berkira wang ringgit...janji keperluan kita sebagai isteri, suami tak abaikan....

Click click Nuffnang