Pages

Thursday, September 2, 2010

Panduan elak food poisoning di Bulan Ramadan

Ha..tak berhati-hai memilih makanan....kan dah kena ..
Itulah yang terjadi pada my hubby ...
aDa yang pernah food poisoning semasa bulan puasa ? 
Ni Tifa nak share sebelum perkara ini terjadi kepada anda . Lesson learn katakan . Sudah terkena baru berhati hati :)
Nasib baik terkena pada orang dewasa , kalau terkena pada Si tembun Farhan apa nak jawab ?

sHARING IS Caring ye ...


Punca - punca food poisoning di bulan puasa ...

Tifa dah identify punca -puncanya 

1. Makan di luar 
Makan kat luar kena very careful . Seelok eloknya pilihlah kedai yang bersih /kalau pergi bazar Ramadhan , silalah pilih dengan gerai yang andai biasa beli . So anda dah tau apa rasa makanan tu dan tahap kebersihan terjamin .
2. Kurangkan makan makanan yang pedas dan berempah .
Ye lah seharian perut kosong dan lepas tu sumbat dengan makanan berempah dan pedas. Alamatnya terkejut la dia. Betul tak ? So please ye sila kurangkan . 
Jika tidak anda sendir terpaksa tanggung akibatnya. Pagi - pagi dah lembik semacam . Macam mana nak puasa kalau pagi pagi lagi dah lembik ? Tepuk dada tanyalah selera.

3. Jangan minum ais 
Kepada sesiapa yang perut tak tahan tu . Sila jangan minum ais. Kalau ais kat rumah buat sendiri tu tahan lagi .Ni yang dok beli air yang sedap-sedap di kedai . Tak tahu ais tu punca airnya daripada mana . Silap -silap dibuat dengan air paip . Mana kita tau . Mereka tak jaga kesihatan kita . Yang mereka tahu adalah macam mana nak dapatkan keuntungan berlipat kali ganda.

4. Jangan panaskan makanan berkali kali .
Ini mungkin berlaku . Bila ada makanan lebih , masuk peti , then panaskan then masuk peti balik . Alamat nya ..makanan tu mengandungi bakteria yang banyak . Nak -nak negara kita khatulistiwa ni asyik panas dan hujan sepanjang tahun . Lagi banyak lah makanan yang senang basi .Tak percaya? Tanya cikgu sains. Sila sayangkan diri anda daripada makanan itu . Masuk spital , beraya kat hospital lah gamaknya.

2 comments:

  1. alhamdulillah tahun ni kami tak kena lagik sbb banyak berbuka kat umah, tapau pun ... tapau kuah jerk

    ReplyDelete
  2. Bagusla gitu Nieza, quality makanan lebih terjamin kan ?

    ReplyDelete